Ahad, 13 Disember 2009
Khamis, 24 September 2009
Selasa, 22 September 2009
Balik kampung oooho balik kampung
PW 1 Nasir bin Hj Maidin Yang DiPertua Kelab D'Rainbow Station menyampaikan sumbangan hari raya kepada kakitangan awam yang bertugas di Kelab D'Rainbow Station
Guru agama pasukan sedang membacakan doa selamat agar perjalanan pulang ke kampung di redhai dan di berkhati Allah.
"Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin" lepas ni 0-0 lah yo.......
Pegawai Pemerintah Mej Mohd Hanizam bin Hashim memberi ucapan selamat hari raya dan berharap semua warga 12 Wksp Bgd dapat pulang berhari raya bersama keluarga tercinta.
Sempena cuti panjang bagi menyambut hari raya aidil fitri semua peringkat anggota 12 Wksp Bgd telah diwajibkan untuk diperiksa kenderaan mereka supaya kondisi kenderaan dalam keadaan baik untuk perjalanan semasa bercuti, dalam masa yang sama pemeriksaan cukai jalan dan lesen memandu juga dijalankan untuk memastikan ianya masih sah digunakan.
Rabu, 2 September 2009
Ahad, 23 Ogos 2009
Karnival Sukan 12 BGD
Isnin, 3 Ogos 2009
PROJEK TQM
12 Wksp Bgd telah menyertai Pertandingan TQM Peringkat TD Kategori Inovasi 2009 dan memperolehi tempat kedua. Projek yang dilaksanakan adalah Multi Sized Tyre Mounted and Dismounted Support Tool. Projek ini adalah hasil penambahbaikkan Projek Troli Pembuka Tayar yang memenangi kategori yang sama pada tahun 2007. Idea perbincangan bersama Pegawai Pemerintah, PKW dan Ahli menghasilkan mutu kerja yang mampu dikomersilkan. Ketua tim tangan emas adalah SSjn Zaimi bin Baharuddin.
Gambar menunjukkan Ahli TQM 12 Wksp Bgd bergambar kenangan bersama Tim Pemeriksa BITD yang diketuai oleh Lt Kol Ir Nasir bin Yahya.
Jumaat, 31 Julai 2009
Aktiviti sukan
Perlawanan persahabatan bolasepak antara 12 Wksp Bgd dan Penjara Sungai Buloh pada 09 Jul 2009 dimana Pasukan 12 Wksp Bgd telah mengalahkan pasukan Penjara Sungai Buloh 6 berbalas 1, aktiviti seperti ini dapat mengeratkan persahabatan walaupun berlainan jabatan.
Langgan:
Ulasan (Atom)